Gemar untuk berborak, dan ingin bersembang dengan rakan-rakan yang berdekatan dengan anda? Kini sebuah aplikasi khas diperkenalkan, dinamakan sebagai JomBorak, yang mana melaluinya, ia menggunakan sokongan Facebook Connect dan juga fungsi geolokasi untuk mencari rakan-rakan berdekatan.
Melalui JomBorak, ia lebih memfokuskan untuk bersembang dengan rakan-rakan yang berdekatan dengan anda, samada anda kenal ataupun tidak. Ia menghubungkan anda kepada saluran sembang berdasarkan lokasi anda, dan seterusnya anda boleh mengenali mereka-mereka yang berdekatan dengan anda dengan lebih rapat dan senang lagi.
Selain daripada itu, halaman JomBorak juga dibangunkan semesra mungkin dengan peranti pintar anda, membolehkan anda mengaksesnya dimana sahaja anda berada, dan pada bila-bila masa.
Walaubagaimanapun, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat awal pengenalan, penggunanya masih lagi kurang, dan mungkin anda hanya keseorangan di sesuatu saluran sembang itu.