Cari @ Amanz

Melalui statistik terkini yang dikeluarkan oleh pihak comScore Malaysia, ia kini kelihatan yang mana aktiviti utama para pengguna Malaysia ketika berada atas-talian merupakan melayari laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Melalui data yang dikeluarkan, ia kelihatan yang mana 32.1% daripada masa melayari internet dihabiskan dengan melayari laman sosial sahaja oleh para pengguna tempatan.

Angka tersebut turut sama memperlihatkan peningkatan sebanyak 5% sejak daripada tahun lepas. Bertambah menguatkan lagi perkara ini apabila kini lebih banyak syarikat mula memfokuskan kepada pemasaran digital dan sosial melalui laman-laman Facebook dan juga Twitter.

Selain daripada pelayaran laman sosial, para pengguna tempatan juga gemar menggunakan internet untuk mendapatkan hiburan (sebanyak 11.5%), diikuti melayari laman portal (11.0%), mengakses permesejan pantas seperti Yahoo! Messenger, Windows Live Messenger dan lain-lain (5.3%) dan akhir sekali menggunakannya untuk mengakses emel berasaskan web (4.2%).

Terima kasih Azam

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd