Cari @ Amanz

Nampaknya kini, takhta laman dan perkhidmatan berasaskan web yang paling dikunjungi ramai di Malaysia dipegang oleh Mudah.my, laman-laman dibawah Media Prima dan juga laman Maybank. Ia merupakan tambahan selain daripada laman-laman popular dunia, seperti Google, Facebook, Yahoo!, WikiPedia dan lain-lain laman yang sememangnya sedia popular dikalangan pengguna dunia.

Melalui data terkini yang dikeluarkan oleh comScore Malaysia, ia memperlihatkan yang mana lebih daripada 2.5 juta pengguna tempatan kunjungi laman Mudah.my pada bulan Ogos yang lepas sahaja, sekaligus menjadikannya laman tempatan paling popular, mengalahkan semua laman web tempatan yang lain.

Selain daripada itu, laman-laman dibawah kumpulan Media Prima, iaitu Harian Metro, Berita Harian, Tonton dan lain-lain mengumpulkan lebih daripada 2.2 juta kunjungan pada bulan Ogos yang lepas, mendahului laman Maybank yang mengumpulkan lebih daripada 1.9 juta kunjungan pada bulan Ogos 2011 yang lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd