iPhone 4S Terjual Lebih 4 Juta Unit – iOS 5 Dimuat-Turun Lebih 25 Juta Kali

iPhone 4S Terjual Lebih 4 Juta Unit – iOS 5 Dimuat-Turun Lebih 25 Juta Kali

Diterbitkan pada Okt 17, 2011 oleh .

Belum pun memasuki pasaran Malaysia lagi, Apple telah pun mengumumkan iPhone 4S telah pun terjual lebih daripada 4 juta unit dalam tempoh hanya tiga hari sejak dimulakan jualannya pada 14 Oktober yang lepas. Tambahan lagi, Apple turut melaporkan  lebih daripada 25 juta pengguna peranti iOS telah pun mengemaskini kepada iOS 5 sejak dilancarkan lima hari yang lepas.

Pada masa yang sama, Apple turut mengeluarkan data lebih daripada 20 juta pengguna telah pun mendaftar akaun untuk perkhidmatan awam mereka, iaitu iCloud.

Buat masa ini, iPhone 4S hanya ditawarkan di beberapa negara sahaja, dan ia bakal diperkenalkan di lebih 22 negara menjelang 28 Oktober ini, termasuk di Singapura. Para pengguna Malaysia perlu menunggu sedikit lama, dimana ia diperkatakan pengguna Malaysia akan menerimanya seawal bulan November kelak, dan Apple sendiri menjanjikan yang mana lebih 70 negara akan menerima iPhone 4S sebelum penghujung tahun ini.

Melalui iPhone 4S, ia membawakan rekabentuk menyerupai iPhone 4 dengan menyertakan cip pemprosesan dwi-teras A5 yang membawakan prestasi dan kelajuan yang lebih tinggi berbanding versi sebelumnya, serta kamera yang dinaik-taraf dengan sokongan rakaman video HD dalam format 1080p. iPhone 4S turut sama menyertakan sokongan Siri, salah satu bantuan pintar yang disertakan khas pada iPhone 4S.


TIPS & ULASAN