Android Ice Cream Sandwich Akan Didatangkan Bersama-Sama Editor Gambar Terbina Dalam?

Android Ice Cream Sandwich Akan Didatangkan Bersama-Sama Editor Gambar Terbina Dalam?

Diterbitkan pada Okt 17, 2011 oleh .

Dengan pengumuman Android Ice Cream Sandwich yang semakin hampir, satu demi satu informasi berkaitan dengannya mula kelihatan dan kedengaran, dan terkini ia kelihatan yang mana Android Ice Cream Sandwich akan didatangkan bersama-sama dengan fungsi untuk mengedit gambar yang dirakamkan dengan mudah dan senang terus melaluinya.

Melalui apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana Ice Cream Sandwich akan didatangkan dengan beberapa fungsi asas seperti kecilkan gambar, memusingkan gambar, terbalikkan gambar, menajamkan gambar dan lain-lain. Selain daripada itu, menariknya ia turut kelihatan yang mana Ice Cream Sandwich turut sama akan diperdatangkan dengan fungsi efek gambar terbina dalam padanya, membolehkan para pengguna mengenakan efek yang diingini terus pada gambar yang dirakamkan dengan pantas.

Namun begitu, ia masih tidak diketahui samada ia akan diperkenalkan pada versi akhirnya kelak ataupun tidak.

Google dijangka akan mengumumkan Ice Cream Sandwich, disamping memperkenalkan peranti baru bersama-sama dengan Samsung pada pagi Rabu ini.


TIPS & ULASAN