BilPlz – Memudahkan Para Pengguna Malaysia Menguruskan Kewangan Dan Perbelanjaan

BilPlz – Memudahkan Para Pengguna Malaysia Menguruskan Kewangan Dan Perbelanjaan

Diterbitkan pada Okt 17, 2011 oleh .

Perbelanjaan harian anda tidak terkawal? Kini anda boleh menguruskan semua perbelanjaan harian anda dengan mudah dan senang melalui aplikasi tempatan baru diperkenalkan dinamakan BilPlz. Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat beta tetapi sedia diuji oleh semua pengguna tempatan secara percuma.

Melaluinya, ia menawarkan salah satu cara mudah untuk para pengguna Malaysia menguruskan semua perbelanjaan anda pada satu tempat, dan mengikutinya dengan senang terus melalui laman web tersebut.

Menariknya, ia turut didatangkan dengan sokongan pembacaan pintar, dimana anda boleh merakamkan gambar bil-bil semasa anda, dan seterusnya menghantarkan terus melalui emel kepada BilPlz, dan ia akan ditambah ke akaun anda dengan senang. Ia sekaligus memudahkan anda memasukkan data-data dengan menggunakan telefon pintar anda, dimana saja anda berada.

BilPlz juga menjanjikan perkhidmatan mereka selamat, apatah lagi tiada sebarang data berkenaan akaun bank yang disimpan padanya. Mungkin juga sekiranya pihak BilPlz boleh menambah aplikasi berasaskan web, ia akan memberikan nilai tambah padanya, selain membolehkan para pengguna mengetahui jumlah perbelanjaan semasa dengan mudah dimana sahaja mereka berada.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh melayari laman BilPlz hari ini, dan mula menguruskan kewangan dan perbelanjaan anda dengan senang melaluinya.


TIPS & ULASAN