Nampaknya, selain daripada Faces.my yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, kini sebuah lagi laman tempatan yang turut sama memfokuskan kepada freelancer dilancarkan, dinamakan sebagai FreeLancentral, yang mana berbeza dengan Faces.my, ia lebih kepada berbentuk sebuah komuniti sosial dikalangan para pekerja bebas di Malaysia.
Lebih kepada bersifat rangkaian sosial yang lain, Freelancentral turut sama menyertakan ruangan jual-beli dikalangan para penggunanya, selain pada masa yang sama turut menyertakan ruangan untuk carian pengguna dengan mudah melaluinya.
Freelancentral turut sama menggunakan sokongan Facebook Connect melaluinya, memudahkan proses pendaftaran untuk laman tersebut, disamping para pengguna turut sama mendapat sebuah profil khas untuk mereka.
Buat masa ini, Freelancentral masih lagi dalam peringkat beta, dan mungkin lebih banyak peningkatan akan diperlihatkan pada laman mereka dari semasa ke semasa. Salah satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh pembangunnya adalah penggunaan iklan pada laman tersebut. Memandangkan ianya masih lagi baru, mungkin pembangunnya perlu mengurangkan iklan, ataupun meletakkannya ditempat yang lebih strategik supaya tidak menganggu penggunaan laman tersebut.
Selain daripada Freelancentral, sebuah lagi laman yang turut memfokuskan para pekerja bebas di Malaysia turut bakal dilancarkan tidak lama lagi adalah Faces.my.