Cari @ Amanz

Dalam masa 19 jam lagi (sejak artikel ini ditulis), Motorola bakal memperkenalkan peranti baru mereka, yang mana lebih pantas dan nipis berbanding pesaing yang lain. Menariknya, setelah satu per satu info berkaitan dengannya kedengaran, kini gambar peranti yang bakal diperkenalkan itu telah pun mula kelihatan di arena internet.

Peranti yang bakal dikenali dengan nama Motorola Razr atau Spyder itu sebelum ini telah pun diperkatakan akan membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, 1GB RAM dan juga skrin sentuh 4.3-inci bersama-sama dengannya. Walaubagaimanapun, ia masih lagi tidak diketahui Android versi manakah bakal dibawakan olehnya memandangkan esok, Google akan memperkenalkan Ice Cream Sandwich secara rasminya.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Motorola esok dan nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh pihak Motorola dalam usaha menarik para pengguna menggunakan peranti mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd