Nampaknya, dengan pengenalan Siri pada iPhone 4S, kini pembangun untuk platform lain mula membangunkan aplikasi seumpamanya untuk platform lain. Untuk Android, seperti semua sedia maklum, mempunyai aplikasi SpeakToIt yang membawakan fungsi lebih kurang sama, dan menariknya, kini sebuah lagi aplikasi dengan fungsi lebih kurang sama Siri diperkenalkan untuk platform Android, dipanggil Iris.
Menariknya mengenai Iris ini adalah dimana ia dibangunkan dalam masa kurang 8 jam ketika satu hackathon. Memandangkan ianya masih lagi baru, sokongan jawapan untuk persoalan yang dibawakan oleh Iris masih lagi terbatas dan tidak menyeluruh seperti aplikasi Siri pada iPhone 4S.
Melalui Iris, para pengguna boleh bertanya pelbagai soalan asas berkaitan seni, sejarah, sains, matematik dan sebagainya. Buat masa ini, aplikasi Iris masih lagi pada peringkat pembangunan, dan akan diperkenalkan pada Android Market tidak lama lagi. Namun bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun fail APK untuk Iris, dan mula mengujinya hari ini.
Terima kasih kepada Hadi.