Cari @ Amanz

Sebelum ini ia dilaporkan yang mana Android 4.0 Ice Cream Sandwich bakal didatangkan bersama-sama dengan sokongan integrasi editor gambar terbina, dan menariknya hari ini, ia kelihatan yang mana Android Ice Cream Sandwich turut sama akan didatangkan bersama-sama dengan sokongan untuk merakamkan gambar skrin dengan mudah, dengan hanya menekan dua butang sahaja padanya.

Sebelum ini, salah satu perkara yang sukar dilakukan pada Android adalah untuk merakamkan gambar skrin, dan perlu di root dan sebagainya. Namun begitu, beberapa pengeluar peranti, seperti Samsung, Sony Ericsson dan sebagainya mula menyertakan fungsi terbina, membolehkan para pengguna mereka merakamkan gambar skrin dengan mudah.

Dan menariknya, dengan pengenalan fungsi terbina ini pada Android Ice Cream Sandwich, ia semestinya akan mengembirakan semua pengguna, sekaligus memudahkan mereka berkongsi skrin telefon pintar Android mereka bersama yang lain.

Google dijangka akan mengumumkan Android Ice Cream Sandwich dalam masa kurang 24 jam lagi, dengan Samsung turut sama dijangka akan memperkenalkan peranti Android baru mereka kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd