Cari @ Amanz

Huawei MediaPad Di Malaysia Pada 22 Oktober, Huawei Vision Pada 28 Oktober

Oleh Aman

Link Copied!

Dua peranti yang disasarkan untuk pelancaran pada bulan ini adalah telefon pintar dan juga tablet daripada Huawei, iaitu Huawei Vison dan juga Huawei MediaPad. Dan menariknya, kini tarikh pelancarannya telah pun diumumkan, dimana Huawei MediaPad akan dilancarkan pada 22 Oktober, dan diikuti oleh Huawei Vision pada 28 Oktober kelak.

Melalui Huawei MediaPad, ia membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, skrin sentuh LCD seluas 7-inci, kamera hadapan 1.3MP dan kamera belakang 5MP, serta menggunakan Android 3.2 Honeycomb bersama-sama dengannya. Ia dijangka akan mula dijual pada harga RM1399 di Malaysia.

Huawei Vision pula merupakan telefon pintar Android daripada Huawei, menggunakan cip pemprosesan 1GHz, skrin sentuh seluas 3.7-inci, kamera 5-megapixel, dan dijual di Malaysia pada harga RM1099.

Kami di Amanz akan membawakan ulasan produk Huawei ini dalam masa beberapa hari lagi.


Komen ()