Cari @ Amanz

Nampaknya dunia muzik-awan dan muzik-digital tempatan akan terus meriah. Selepas WOWLoud, salah satu syarika tempatan memulakan ujian beta mereka dalam bentuk tertutup untuk perkhidmatan muzik-awan, kini industri tersebut terus meriah dengan penyertaan 7digital yang memperluaskan perkhidmatan mereka ke Malaysia.

Melalui pengenalan perkhidmatan 7digital di Malaysia, kini para pengguna tempatan boleh menikmati lebih daripada 16 juta lagu yang disertakan didalam katalog 7digital. Pada masa yang sama, 7digital juga turut sama dijangka akan menambah beberapa lagu tempatan pada perkhidmatan mereka, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan mendapatkan lagu kegemaran mereka melalui perkhidmatan 7digital.

Buat masa ini, 7digital versi web sahaja yang boleh diakses oleh para pengguna tempatan, dan sokongan aplikasi BlackBerry dan juga Android untuk para pengguna tempatan dijangka akan diperkenalkan sebelum penghujung tahun ini.

Selain daripada Malaysia, 7digital turut sama memperkenalkan perkhidmatan mereka di Singapura, New Zealand dan juga Australia hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd