Carian
Laku.my Turut Menyertai Laman Jual-Beli Tempatan
October 18, 2011 Aman

Nampaknya, dunia jual-beli atas talian terus mendapat perhatian, dimana dengan Mudah.my memegang takhta sebagai laman yang paling dilawati ramai, pelbagai laman jual-beli tempatan terus muncul, dan terkini merupakan Laku.my yang mana dibangunkan oleh pembangun sama disebalik laman FFStudio yang dilancarkan baru-baru ini.

Dan bertambah menarik lagi adalah dimana Laku.my turut membawakan rekabentuk yang menyerupai laman Lokal.my, yang mana menawarkan perkhidmatan yang serupa. Namun begitu, buat masa ini, laman yang dibangunkan dibawah MentariWorks itu tidak dapat diakses buat sementara waktu.

Melalui Laku.my, para pengguna boleh menyertakan pengiklanan mereka dengan mudah, selain pada masa yang sama boleh melakukan carian barang-barang yang dikehendaki mengikut kategori dan juga negeri. Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat awal, dan barang yang tersenarai masih lagi terhad dan tidak banyak seperti laman-laman jual-beli yang lain.

Tips awal daripada Ikhwan Shah.

Komen