Cip Empat-Teras A6 Untuk Apple Akan Dibangunkan Oleh Samsung?

Cip Empat-Teras A6 Untuk Apple Akan Dibangunkan Oleh Samsung?

Diterbitkan pada Okt 18, 2011 oleh .

Nampaknya, dengan pelancaran iPhone 4S, kini ura-ura baru mengenai iPhone generasi akan datang, dikenali sebagai iPhone 5 buat masa ini hangat diperkatakan. Selain dikatakan yang mana ianya merupakan projek terakhir Steve Jobs, kini ia turut diperkatakan ia akan dilengkapi dengan cip pemprosesan A6 yang dibangunkan oleh Samsung.

Menariknya adalah dimana kerjasama kedua-dua pihak ini nampaknya akan kekal berterusan, walaupun mereka antara satu sama lain bersaing dan meminta perintah mahkamah untuk menghalang jualan peranti satu sama lain. Mungkin salah satu sebabnya juga adalah kerana mungkin Apple masih tidak menemui pengeluar cip pemprosesan yang bersesuaian buat masa ini.

Ia diperkatakan yang mana Samsung akan menggunakan teknologi pemprosesan 28-nanometer dalam membangunkan cip A6 untuk Apple kelak. Dan ia turut dikatakan yang mana cip A6 kelak merupakan cip empat-teras, dimana dijangka menjelang tahun hadapan, cip empat-teras akan menjadi salah satu perkara popular disamping pengeluar peranti pintar dan tablet.


TIPS & ULASAN