Iris Versi Alpha Kini Boleh Didapati Melalui Android Market

Iris Versi Alpha Kini Boleh Didapati Melalui Android Market

Diterbitkan pada Okt 18, 2011 oleh .

Nampaknya, pembangunan aplikasi Iris bergerak pantas, dimana aplikasi tersebut kini telah pun dimuat-naik dan ditawarkan melalui Android Market, membolehkan para pengguna memuat-turun dan menggunakannya dengan lebih mudah berbanding sebelum ini, yang memerlukan para pengguna memuat-turun fail APK dan memasangnya secara manual.

Secara ringkasnya, Iris merupakan salah satu pencari jawapan untuk anda, dimana anda boleh bertanyakan sebarang soalan kepadanya, dan ia akan mencari jawapan dari pelbagai sumber, dan membacakan jawapan tersebut kepada anda.

Aplikasi ini sendiri diinspirasikan daripada aplikasi Siri untuk iPhone 4S yang mana hangat diperkatakan sekarang, dan pada masa yang sama turut menarik para pembangun untuk membangunkan aplikasi seumpanya untuk pelbagai platform.

Mungkinkah tahun hadapan kelak, kita akan melihat lebih banyak aplikasi berasaskan kawalan suara diperkenalkan satu demi satu?


TIPS & ULASAN