Carian
RIM Mengumumkan Sistem Operasi Generasi Akan Datang – BBX
October 19, 2011 Aman

Seperti mana yang dinantikan, hari ini BlackBerry DevCon Amerika telah pun dimulakan, dimana melaluinya, Research In Motion telah pun mengumumkan beberapa perkara menarik berkaitan dengan platform mereka, dan angka pengguna mereka. Menurut RIM, kini mereka mempunyai lebih daripada 70 juta pengguna aktif seluruh dunia yang menggunakan BlackBerry secara aktif.

Daripada angka tersebut, lebih 50 juta pengguna merupakan pengguna aktif BlackBerry Messenger. Pada masa yang sama, RIM turut mengumumkan yang mana kini lebih daripada 1 billion aplikasi telah dimuat-turun melalui BlackBerry AppWorld, menjadikannya secara purata, hampir 5 juta aplikasi dimuat-turun setiap hari.

Selain daripada mengumumkan statistik, RIM turut sama mengumumkan BlackBerry BBX, iaitu sistem operasi generasi akan datang untuk tablet dan telefon pintar BlackBerry. Melaluinya, ia mengabungkan QNX dengan ciri-ciri terbaik BlackBerry, dan dibangunkan sepenuhnya khas untuk peranti BlackBerry.

Melalui platform BBX, ia kelak akan menyertakan sistem operasi BBX-OS, serta sokongan perkhidmatan-awan BlackBerry, serta sokongan sepenuhnya untuk HTML5, Adobe AIR, Flash, serta sokongan beberapa aplikasi Android melaluinya.

Selain daripada itu, RIM turut sama mengumumkan PlayBook OS 2.0 untuk para pembangun, yang mana menyertakan sokongan aplikasi Android yang dinantikan ramai padanya. Pada masa yang sama, ia turut menyokong Adobe Air 3.0 dan juga Adobe Flash 11, serta webGL padanya.

Buat masa ini, bilakah PlayBook OS 2.0 akan diperkenalkan masih tidak diketahui secara rasminya, dan mungkin lebih banyak maklumat mengenainya, dan juga mengenai BBX akan diketahui dalam masa terdekat ini.

Gambar melalui CrackBerry dan juga Twitter.

Komen