Seperti mana yang diperlihatkan sebelum ini melalui sebuah gambar dan juga video promosi, hari ini Motorola secara rasminya telah pun mengumumkan Motorola Razr, iaitu peranti LTE paling nipis buat masa ini, yang mana turut beroperasi lebih pantas dan juga lebih pintar dan tahan lasak berbanding yang lain.
Motorola Droid Razr membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, skrin 4.3-inci qHD Super AMOLED, Android 2.3 Gingerbread, RAM sebanyak 1GB, kamera belakang 8 megapixel dengan sokongan rakaman video HD sehingga 1080p, serta turut didatangkan dengan sokongan rangkaian LTE padanya. Pada masa yang sama, Droid Razr turut didatangkan dengan kebolehan untuk sync dengan MotoACTV yang turut diperkenalkan awal hari ini.
Selain daripada itu, seperti peranti generasi sebelumnya, Droid Razr turut sama menyokong aplikasi webtop, serta turut didatangkan dengan port khas untuk HDMI padanya. Droid Razr juga turut dioptimasikan untuk para pengguna perniagaan, dimana anda boleh mengakses emel korporat, dokumen dan sebagainya dengan mudah terus melaluinya. Para pengguna juga boleh mengakses dokumen daripada PC terus ke peranti Razr terus melalui aplikasi MotoCast.
Droid Razr bakal berada di pasaran seluruh dunia bermula dari bulan November ini, dan harga jualannya di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.
Kamera oleh Mashable dan Droid-Life.