Cari @ Amanz

Dengan kurang sejam lagi untuk pengumuman rasmi Google dan Samsung berkaitan dengan Android Ice Cream Sandwich, dan semestinya peranti yang dinantikan, iaitu Samsung Galaxy Nexus, kini sebuah lagi video baru mula kelihatan, memperlihatkan peranti Galaxy Nexus menjalankan Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

Melalui video ringkas yang diperlihatkan, ia memperlihatkan Ice Cream Sandwich beroperasi dengan amat lancar sekali tanpa sebarang masalah, dan turut beroperasi dengan pantas.

Sebelum ini, bahan promosi Galaxy Nexus turut sama kelihatan, memberikan idea yang mana Nexus S kelak akan dikenali sepenuhnya sebagai Galaxy Nexus. Mungkin lebih banyak perkara menarik mengenai peranti ini, serta Android 4.0 Ice Cream Sandwich akan diumumkan oleh Google dan Samsung sebentar lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd