Samsung Mengumumkan Peranti Ice Cream Sandwich Pertama – Galaxy Nexus

Samsung Mengumumkan Peranti Ice Cream Sandwich Pertama – Galaxy Nexus

Diterbitkan pada Okt 19, 2011 oleh .

Seperti mana yang dinantikan, akhirnya hari ini Samsung telah pun mengumumkan peranti mereka yang dinantikan ramai, dan dikenali awal sebagai Nexus Prime. Samsung kini memanggilnya sebagai Galaxy Nexus, dan merupakan peranti pertama yang menggunakan Android 4.0 ataupun lebih dikenali sebagai Android Ice Cream Sandwich bersama-sama dengannya.

Melalui Samsung Galaxy Nexus, ia membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, serta skrin seluas 4.65-inci bersama sokongan paparan HD Super AMOLED. Seperti diperkatakan sebelum ini, Galaxy Nexus turut sama membawakan kamera belakang 5-megapixel dengan sokongan rakaman 1080p serta kamera hadapan 1.3-megapixel. Galaxy Nexus turut sama membawakan beberapa sokongan lain, termasuk sokongan NFC padanya. Ia juga turut sama didatangkan dengan barometer padanya.

Menariknya, Galaxy Nexus turut sama membawakan beberapa fungsi menarik bersama-sama dengannya, dimana salah satunya adalah sokongan untuk nyah-kunci peranti menggunakan sokongan wajah melalui fungsi yang dipanggil Face Unlock. Berkemungkinan ia merupakan salah satu fungsi yang disertakan bersama-sama Android Ice Cream Sandwich.

Galaxy Nexus ini dijangka akan mula dijual bermula pada bulan November ini di Asia.


TIPS & ULASAN