Google Memperkenalkan Android Ice Cream Sandwich Secara Rasminya

Google Memperkenalkan Android Ice Cream Sandwich Secara Rasminya

Diterbitkan pada Okt 19, 2011 oleh .

Sepertimana yang dinantikan, akhirnya hari ini Google telah pun mengumumkan dan memperlihatkan pelbagai perkara baru yang didatangkan bersama-sama sistem operasi mudah-alih mereka yang terbaru, iaitu Android Ice Cream Sandwich. Bersama-sama dengan pelancaran tersebut, Google bersama-sama dengan Samsung turut melancarkan peranti Galaxy Nexus kepada umum.

Sokongan Folder

Salah satu perkara baru yang didatangkan bersama-sama dengan Android Ice Cream Sandwich adalah sokongan folder, dimana anda kini boleh menyusun dan menguruskan aplikasi mengikut citarasa anda dengan mudah pada folder masing-masing.

Pada masa yang sama, setiap folder juga turut sama boleh di-pin pada menu akses pantas, membolehkan anda mengaksesnya dengan pantas mengikut penggunaan.

Menu Akses Pantas

Salah satu perkara menarik pada Android Ice Cream Sandwich adalah ia turut disertakan dengan menu akses pantas, dimana anda boleh memilih ingin meletakkan apanya disana. Pada masa yang sama, anda turut boleh mengikuti apakah aplikasi yang sedang dijalankan dengan mudah melaluinya.

Paparan Notifikasi Baru

Melalui Android Ice Cream Sandwich, paparan notifikasi diberikan nafas baru, dimana ia turut mengintegrasikan sepenuhnya pelbagai aplikasi, dimana paparan notifikasi kelihatan lebih menarik, dan memudahkan anda membezakan antara aplikasi.

Papan Kekunci Atas-Skrin Yang Baru

Papan kekunci atas-skrin turut sama diberikan nafas baru, memudahkan lagi para pengguna untuk menaip pada skrin sentuh.

Sokongan Suara-Ke-Teks

Nyah-Kunci Menggunakan Teknologi Pengenalan Wajah (Face Unlock)

Salah satu fungsi menarik yang didatangkan bersama-sama Android Ice Cream Sandwich adalah dimana anda kini boleh mengunci peranti Android dengan mudah, dan memerlukan wajah anda untuk membukanya.

Pelayar Web Android Dengan Sokongan Sync Dari Chrome

Pelayar web pada Android turut sama dinaik-taraf, dan pada masa yang sama turut menyertakan sokongan sync dari Chrome padanya.

Aplikasi GMail Dan Kalendar Terbina

Aplikasi GMail dan Kalendar terbina pada Android 4.0 turut sama diberikan nafas baru dan rekabentuk yang amat menarik sekali, menjadikannya amat mesra skrin kecil, dan mudah menguruskannya.

Tambahan Fungsi Efek Pada Gambar (Kamera)

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini anda boleh dengan mudah menambah efek pada gambar yang dirakamkan, tanpa memerlukan sebarang aplikasi pihak ketiga.

Paparan Baru Untuk Senarai Rakan-Rakan Dan Buku Telefon

Senarai hubungan dan rakan-rakan pada Android 4.0 turut memperlihatkan rekabentuk yang amat menarik sekali, bersama-sama dengan skrin dial yang diberikan sentuhan baru.

Android Beam – Sokongan NFC

Android Ice Cream Sandwich turut sama didatangkan dengan sokongan NFC terbina, dimana melaluinya para pengguna Android boleh berkongsikan kandungan, peta, senarai hubungan, dan banyak perkara lagi dengan hanya menyentuh peranti mereka antara satu sama lain.

Pantau Penggunaan Data

Menariknya melalui Ice Cream Sandwich, para pengguna turut sama boleh memantau penggunaan data mereka dengan mudah, salah satu perkara yang amat menarik bagi mereka yang menggunakan pelan data pascabayar pada peranti mereka.

Android 4.0 Ice Cream Sandwich ini bakal menemui pengguna pada bulan hadapan, bersama-sama pelancaran peranti pertamanya, Galaxy Nexus.


TIPS & ULASAN