(Video) Fungsi Baru Pada Android 4.0 Ice Cream Sandwich

(Video) Fungsi Baru Pada Android 4.0 Ice Cream Sandwich

Diterbitkan pada Okt 19, 2011 oleh .

Seperti semua sedia maklum, Google telah pun memperkenalkan Android 4.0 Ice Cream Sandwich sebentar tadi, dan bersama-sama dengannya, mereka turut sama telah pun mengeluarkan video promosi untuk Android generasi baru tersebut.

Melalui Android 4.0, Google membawakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya, termasuk antaramuka baru, sokogan multi-tasking yang ditambah-baik lagi, sokongan folder, widget yang boleh diubah saiz, papan kekunci dan input teks yang dipertingkatkan, sokongan input teks melalui suara, kawalan keatas penggunaan data, kamera yang dipertingkatkan dengan sokongan efek dan pengecaman wajah, sokongan Live Effects untuk menambah efek ketika panggilan video, merakamkan paparan skrin dengan mudah, pelayar web yang dipertingkatkan, aplikasi kalendar dan emel yang diberikan nafas baru, sokongan Android Beam, Face Unlick dan juga sokongan WiFi Direct.

Android 4.0 dijangka akan diperkenalkan pada bulan November kelak.


TIPS & ULASAN