Cari @ Amanz

Syarikat tempatan yang benar-benar memfokuskan kepada pembangunan aplikasi mudah-alih adalah amat sedikit berbanding negara lain, dan menariknya, selain daripada beberapa syarikat tempatan sedia ada, kini WutMedia bakal turut serta dalam industri tersebut, dan menariknya mereka turut sama telah pun mula memperlihatkan aplikasi yang bakal dilancarkan oleh mereka tidak lama lagi.

WutMedia disasarkan untuk pelancaran pada 11 November kelak, dimana melalui halaman Facebook rasmi mereka, ia kelihatan, beberapa produk bakal dilancarkan oleh mereka tidak lama lagi. Antara produk yang bakal dilancarkan termasuklah WutPress, Wut2Feed, WutLab, dan juga WutSpace.


WutMedia : Aplikasi Dalam Dompet

Dan bertambah menarik lagi, hari ini, mereka turut sama memperlihatkan sebuah gambar kabur menunjukkan aplikasi mereka yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Buat masa ini, informasi berkaitan aplikasi yang bakal diperkenalkan masih tidak diketahui sepenuhnya, tetapi WutMedia menambah penerangan pada gambar tersebut sebagai “aplikasi dalam dompet”.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd