Nampaknya, selain baru-baru ini memperkenalkan laman media yang memfokuskan wanita, kini Lowyat.net bergerak aktif, dimana hari ini mereka memperkenalkan kedai atas-talian mereka yang dikenali sebagai Lowyat.NET Store. Buat masa ini, kedai atas-talian mereka memfokuskan kepada jualan tshirt dan pakaian sahaja.
Menariknya adalah dimana bersempena dengan pelancaran Lowyat.NET Store, mereka turut sama memperkenalkan potongan harga istimewa untuk pembelian awal melalui laman mereka. Lowyat.net juga menawarkan penghantaran percuma untuk para pembeli di Semenanjung Malaysia, dan caj sebanyak RM6 dikenakan untuk pengguna di Sabah dan Sarawak.
Mungkinkah dengan pengenalan kedai-atas talian ini, Lowyat.NET juga mungkin tidak lama lagi menawarkan peranti dan gajet terkini terus melalui halaman mereka?