Cari @ Amanz

Dunia jual-beli di Malaysia terus meriah, dimana semalam kita melihat sebuah laman baru dinamakan sebagai Laku.my dilancarkan, dan terkini, hari ini, sebuah lagi laman jual-beli dengan konsep baru diperkenalkan, dinamakan sebagai Beli.la. Pada masa yang sama, laman tersebut dilihat lebih dioptimasikan untuk pengguna peranti mudah-alih berbanding pengguna desktop buat masa ini.

Pada masa yang sama, mungkin laman Beli.la masih lagi pada peringkat pembangunan awal, dimana kami masih tidak menjumpai bagaimanakah urusan jual-beli akan berlaku pada laman tersebut.

Melalui penerangan yang terdapat pada laman tersebut, Beli.la memperkatakan yang mana ianya merupakan salah satu laman jual-beli yang mudah, dimana para pengguna hanya perlu memuat-naik gambar pada laman tersebut, dan segala perkara yang lain akan dikendalikan oleh laman Beli.la sepenuhnya.

Beli.la turut sama menggunakan sokongan Facebook Connect padanya, dan proses membina kedai atas-talian melalui laman tersebut dilihat amat mudah dan pantas, selain ditawarkan secara percuma kepada para penggunanya buat masa ini.

Tips awal daripada Iwani.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd