Cari @ Amanz

Dengan semua acara pelancaran peranti baru yang diadakan baru-baru ini, semestinya ramai yang ternanti-nanti akan acara Nokia World pada minggu hadapan, dimana ramai mengatakan Nokia bakal melancarkan peranti Windows Phone pertama mereka pada acara tersebut. Dan menariknya, hari ini juga memperlihatkan gambar rasmi Nokia 800 Searay turut tersebar di internet.

Melalui gambar yang dipaparkan, ia memperlihatkan rekabentuk menyerupai Nokia N9, serta pada masa yang sama membawakan beberapa aplikasi Nokia bersama-sama dengannya, seperti Nokia Navigation dan juga Nokia Music padanya.

Ia diperkatakan Nokia mungkin akan memperkenalkan sekurang-kurangnya dua peranti pada acara tersebut, dan dengan Nokia 800 sudah pun mula kelihatan, mungkin kita boleh nantikan apakah lagi yang bakal diperkenalkan oleh Nokia. Sebelum ini, beberapa spesifikasi peranti mula tersebar, melabelkan peranti Nokia dengan nama Ace, Sabre dan juga Searay.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd