Vertu Memperlihatkan Constellation – Telefon Mewah Skrin Sentuh Pertama Mereka

Vertu Memperlihatkan Constellation – Telefon Mewah Skrin Sentuh Pertama Mereka

Diterbitkan pada Okt 20, 2011 oleh .

Vertu ialah jenama telefon bimbit mewah yang dahulunya dimiliki oleh Nokia. Sebelum ini, Vertu pernah mengeluarkan telefon bimbit paling mahal didunia iaitu Vertu Signature Cobra yang dijual pada harga GBP 213 000. Dan pada hari ini, Vertu memperlihatkan telefon bimbit Vertu Constellation yang mana merupakan telefon pitar berskrin sentuh pertama daripada mereka.

Harga Vertu Contellation bergantung kepada jenis yang dibeli. Model paling asas dengan kemasan kulit lembu dijual dengan harga saranan GBP 4000 (RM19 000) sementara model mewah bertatahkan permata, skrin dari nilam, kemasan kulit buaya dan butang kamera dari delima dijual dengan harga GBP 16000 (RM79 000).

Ianya diperkasakan oleh perisian Symbian yang diubah suai, kamera 8 megapixel EDOF dan memori dalaman 32 GB. Selain daripada itu beberapa aplikasi ekslusif seperti Vertu Concierge Live, Vertu Club Access, Vertu Select, Vertu City Brief dan Vertu Me yang memberikan anda akses kepada kemudahan mewah di 200 bandar utama dunia turut disertakan.


TIPS & ULASAN