Setelah memperkenalkan Facebook Messenger untuk peranti iOS dan juga Android, hari ini Facebook menambah BlackBerry pada sokongannya, dimana mereka telah pun melancarkan aplikasi Facebook Messenger khas untuk para pengguna BlackBerry, dan boleh dimuat-turun terus melalui BlackBerry AppWorld bermula hari ini.
Selain daripada itu, aplikasi Facebook Messenger juga turut sama menerima beberapa kemaskini secara amnya, dimana kini para pengguna boleh melihat siapa yang berada atas talian menggunakan komputer, dan siapa yang menggunakan peranti mudah-alih dengan mudah. Pada masa yang sama, mereka juga boleh melihat samada adakah pengguna yang anda sedang berhubung itu sedang menaip ataupun sebagainya.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Faceook Messenger untuk iOS, Android dan BlackBerry hari ini, dan menggunakan aplikasi permesejan Facebook dengan mudah pada pelbagai peranti.