Cari @ Amanz

VoucHEREs Bakal Menjadikan Dunia Kupon Dan Diskaun Tempatan Lebih menarik

Oleh Aman

Link Copied!

Salah satu perkara yang diingini ramai adalah mendapatkan kupon diskaun untuk jenama harian yang digunakan oleh mereka. Dan buat masa ini, laman seperti Groupon, dan sebagainya hanya sekadar memberikan diskaun harian untuk beberapa produk dan perkhidmatan yang jarang kedengaran namanya, dan tidak digunakan dalam penggunaan harian. Namun perkara ini bakal berubah tidak lama lagi dengan kehadiran VoucHEREs.

Buat masa ini, VoucHEREs masih lagi pada peringkat pembangunan, dan pembangunnya turut sama menyertai rancangan Make The Pitch yang mempersembahkan beberapa idea menarik melaluinya.

Melalui VoucHEREs, ia membawakan konsep mudah dan menarik, dimana melalui aplikasi tersebut, para pengguna akan diperlihatkan voucer diskaun untuk digunakan dalam pembelian mereka. Dan aplikasi tersebut kelak akan menggunakan fungsi geolokasi, dimana akan memperlihatkan hanya diskaun-diskaun yang berdekatan dengan anda sahaja.

Menurut pembangunnya, ianya kelak akan menumpukan pada beberapa jenama yang digunakan harian, dan melalui demo ringkas yang diperlihatkan pada kami, ia menggunakan beberapa jenama terkemuka seperti KFC, Shell dan sebagainya. Aplikasi yang ditawarkan juga merupakan berasaskan web, sekaligus menjadikannya boleh diakses oleh sebarang peranti dengan mudah, dimana sahaja anda berada.

Buat masa ini, tarikh pasti pelancaran untuk VoucHEREs masih lagi tidak diketahui, dan mungkin akan dilancarkan bersama-sama segmen mereka pada Make The Picth di NTV7 kelak.


Komen ()