Seperti mana yang diperlihatkan sebelum ini, kini ASUS sendiri telah mengesahkan tablet generasi baru untuk keluarga Transformer mereka yang mana bakal dilancarkan secara rasminya pada 9 November kelak. Salah satu perkara yang disahkan adalah penggunaan cip pemprosesan dan juga ianya bakal dikenali sebagai Transformer Prime.
Transformer Prime ini kelak akan menggunakan cip pemprosesan empat-teras daripada NVIDIA Tegra 3, skrin seluas 10-inci, dan turut didatangkan bersama-sama dengan slot mini-HDMI dan juga kad-SD padanya. Ia juga disahkan bakal menerima Ice Cream Sandwich pada penghujung tahun ini.
Selain daripada Transformer Prime, ASUS turut mengesahkan sama yang mana Padfone daripada mereka kelak akan menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan bakal mula dijual bermula daripada suku tahun pertama 2012 kelak. Mungkin kita akan menerima lebih maklumat pada 9 November kelak.