10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 20 Oktober

10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 20 Oktober

Diterbitkan pada Okt 20, 2011 oleh .

Berbeza dengan minggu-minggu sebelum ini, carian terhangat sepanjang minggu lepas di Google Malaysia dilihat lebih tertumpu kepada carian berbentuk hiburan, dan beberapa daripadanya menumpukan pada carian filem-filem semasa yang ditayangkan dipawagam seluruh negara.

Berikut merupakan carian terhangat yang dilakukan melalui enjin carian Google Malaysia sepanjang daripada 14 Oktober sehingga 20 Oktober 2011:

Junko Furuta

Junko Furuta merupakan salah satu filem yang dibuat mengenai seorang gadis berumur 17 tahun pada tahun 1988, dimana dia telah diculik dan diseksa oleh 4 orang budak lelaki selama lebih kurang 44 hari.

Ahmad Jais

Penyanyi veteran 60an yang popular dengan lagu seperti Bunga Ku Puja Dipetik Orang, Dikau Pujaan, Gelisah, dan Bahtera Merdeka telah meninggal dunia pada 11 Oktober yang lepas.

Thailand Floods

Para penduduk dan pengguna tempatan turut sama telah menggunakan enjin carian Google dalam mendapatkan maklumat berkenaan banjir yang melanda Thailand, dilaporkan yang paling teruk dalam tempoh 50 tahun ini.

Moon

Salah satu fenomena yang jarang berlaku, dimana efek cahaya luaran telah kelihatan pada bulan di Malaysia, yang mana telah mendapat perhatian ramai pengguna, serta turut hangat dibincangkan di laman sosial terkemuka seperti Twitter dan Facebook.

Klip 3GP

Salah satu filem tempatan baru yang mula ditayangkan dipawagam mendapat reaksi berbeza-beza daripada para penontonnya.

The Avengers

Salah satu filem yang dinantikan untuk tahun hadapan adalah The Avengers yang mana membawakan pelbagai watak superhero Marvel pada satu filem, dan video promosi khas untuk filem tersebut telah pun dikeluarkan.

Gambar Hantu

Para pengguna Malaysia berdebat mengenai kesahihan gambar hantu yang dirakamkan di CCTV dan telah dimuat-naik di YouTube baru-baru ini.

iOS 5

Kemaskini platform terkini daripada Apple untuk iPhone, iPad, dan iPod Touch telah pun dilepaskan pada minggu lepas, yang mana membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya, termasuk sokongan iMessage dan beberapa fungsi baru yang lain.

Samsung Galaxy SII

Telefon pintar Android paling popular memasuki arena berita beberapa kali sepanjang minggu lepas, dimana selain daripada menjadi telefon pintar pilihan di Eropah, para pengguna tempatan turut mendapat kit bateri yang baru dipasaran tempatan, selain turut diperkatakan yang mana ia boleh menyelesaikan Kubik Rubik dalam tempoh kurang 6 saat.

Real Steel

Filem terbaru lakonan Hugh Jackman yang mengisahkan mengenai sukan boxing antara robot yang dikawal oleh manusia turut mendapat perhatian ramai, dan telah dibuka di pawagam tempatan pada 13 Oktober yang lepas di Malaysia.


TIPS & ULASAN