Google Dan Innity Menjadi Media Digital Pilihan Dikalangan Pemasar Dan Pengiklan Tempatan

Google Dan Innity Menjadi Media Digital Pilihan Dikalangan Pemasar Dan Pengiklan Tempatan

Diterbitkan pada Okt 20, 2011 oleh .

Dengan dunia media digital di Malaysia yang semakin meningkat naik, kini Majalah Advertising + Marketing telah pun mengeluarkan jenama saluran pemasaran digital yang menjadi pilihan para pengguna dan pemasar di Malaysia. Dan berdasarkan daripada bancian yang dijalankan, Google menjadi media pemasaran pilihan untuk pengiklanan dan pemasaran atas talian oleh pengguna Malaysia.

Mengikuti dibelakang Google adalah Innity di tempat kedua., iCatcha Digital Asia di tempat ketiga dan juga Better Digital Solutions di tempat keempat.

Mungkin pemilihan Google sebagai salah satu jenama pemasaran utama dikalangan pemasar dan pengiklan tempatan merupakan salah satu sebab mengapa Google membuka pejabat mereka di Malaysia pada tahun ini.

Selain daripada itu, ia juga kelihatan yang mana Google Malaysia dalam perancangan membawa beberapa lagi produk mereka kepada para pengguna Malaysia, dan salah satunya adalah Google Street View yang mana mungkin akan memulakan gambaran dibeberapa lokasi di Malaysia dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN