Google Terus Menambah Baik GMail – Memperkenalkan Beberapa Perubahan Antaramuka

Google Terus Menambah Baik GMail – Memperkenalkan Beberapa Perubahan Antaramuka

Diterbitkan pada Okt 20, 2011 oleh .

Google sering melakukan pelbagai perubahan pada perkhidmatan emel berasaskan web mereka, dan kini melalui sebuah video, Google memperlihatkan beberapa fungsi baru yang bakal diperkenalkan kepada para pengguna GMail tidak lama lagi.

Melalui apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana ia mengubah beberapa paparan tema yang baru diperkenalkan pada GMail. Salah satu perubahan besar adalah dimana rekabentuknya menggunakan rekabentuk responsif, dimana ianya berubah mengikut saiz tetingkap pada komputer pengguna.

Selain daripada itu, bar kawalan juga kelihatan menggunakan ikon sepenuhnya, menggantikan penggunaan teks pada masa sekarang ini. Antaramuka untuk senarai perbincangan juga diberikan nafas baru, serta beberapa perubahan kecil pada kaedah paparan senarai hubungan, dimana gambar profil turut sama diperlihatkan.

Ia masih tidak diketahui bilakah Google akan memperkenalkan perubahan ini pada GMail, tetapi dengan adanya video ini, mungkin kita boleh nantikannya tidak lama lagi.

Terima kasih Azree


TIPS & ULASAN