Facebook Memperkenalkan Perubahan Antaramuka Pada Fungsi Facebook Connect

Facebook Memperkenalkan Perubahan Antaramuka Pada Fungsi Facebook Connect

Diterbitkan pada Okt 21, 2011 oleh .

Facebook sering menguji pelbagai perkara melalui fungsi-fungsi sedia ada pada laman sosial mereka, dan kini ia kelihatan yang mana mereka sedang dalam proses menguji rekabentuk baru untuk kotak dialog pada Facebook Connect. Lebih kurang seperti sebelumnya, ia lebih memfokuskan pada apakah data-data yang akan diambil oleh sesuatu aplikasi itu, dan memudahkan para pengguna memahaminya.

Berbeza dengan sebelum ini yang mana memperlihatkan para pengguna dengan penerangan yang lebih panjang, melalui paparan baru ini, ia hanya memperlihatkan beberapa perkara penting sahaja, sekaligus memudahkan para pengguna mengetahui apakah perkara-perkara yang akan diakses oleh sesuatu aplikasi itu.

Pengintegrasian Facebook Connect pada sesuatu aplikasi pihak ketiga amat mendapat perhatian pada masa kini, dan mungkin perubahan ini akan memberikan lebih banyak faedah serta memudahkan pengguna mengetahui pelbagai perkara dengan mudah melaluinya.

Terima kasih @Omar.


TIPS & ULASAN