Google News Malaysia Menerima Perubahan Rekabentuk Dan Fungsi Baru

Google News Malaysia Menerima Perubahan Rekabentuk Dan Fungsi Baru

Diterbitkan pada Okt 21, 2011 oleh .

Ia tidak pasti sejak bila, tetapi kelihatan baru-baru ini, Google News Malaysia telah pun memperlihatkan beberapa perubahan pada antaramuka laman dan penambahan beberapa fungsi baru pada halaman Google News Malaysia, menjadikannya lebih menarik lagi berbanding versi lama mereka.

Melalui Google News Malaysia yang serba baru, pada pengguna boleh melihat tajuk terhangat yang dilaporkan oleh media seluruh dunia pada bahagian tepinya, berdekatan dengan pemilihan kategori berita. Perkara ini sekaligus memudahkan anda mengetahui apakah tajuk berita terhangat pada sesuatu hari itu. Walaubagaimanapun, ia masih lagi memperlihatkan tajuk harian dunia, dan tidak menyokong hanya berita Malaysia sahaja.

Selain daripada itu, Google News Malaysia turut sama membolehkan dan mempromosikan para pengguna untuk mengubah Google News mengikut citarasa mereka. Melaluinya, anda boleh mengawal dengan mudah apa yang anda ingin lihat, dan aoa yang tidak.

Pada masa yang sama, sokongan perkongsian juga ditambah pada laman Google News Malaysia, membolehkan para pengguna untuk berkongsi berita-berita menarik bukan sahaja pada Google+ tetapi sebaliknya turut sama pada Twitter, Facebook dan juga melalui emel.


TIPS & ULASAN