Xbox Generasi Baru Bakal Diperkenalkan Pada Tahun 2013 Kelak

Xbox Generasi Baru Bakal Diperkenalkan Pada Tahun 2013 Kelak

Diterbitkan pada Okt 21, 2011 oleh .

Salah satu konsol permainan yang dinantikan ramai adalah Xbox daripada Microsoft, dan kini beberapa sumber mula melaporkan yang mana Microsoft telah pun mulakan pembangunan konsol generasi akan datang, dan mungkin akan dilancarkan seawal tahun 2013 kelak.

Buat masa ini, informasi berkaitan spesifikasi dan sebagainya masih tidak diketahui lagi, tetapi ia diperkatakan yang mana Microsoft akan memperlihatkan konsol permainan generasi baru mereka itu pada E3 2013 kelak, dan akan mula diperkenalkan mengikut negara bermula penghujung tahun tersebut, dan mungkin boleh didapati di seluruh dunia pada 2014 kelak.

Salah satu perkara yang diperkatakan adalah dimana Xbox generasi baru kelak akan diintegrasikan dengan lebih menyeluruh lagi bersama-sama produk Microsoft lain, termasuk Windows OS dan juga Windows Phone. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN