Cari @ Amanz

Melalui artikel sebelum ini, mungkin anda sudah melihat beberapa perkara dan peranti yang didatangkan melalui video nyah-kotak HTC Sensation XE. Menariknya, @asherapth turut sama membuat sebuah video ulasan ringkas untuk peranti tersebut dalam Bahasa Malaysia, dan kongsikannya bersama-sama pembaca Amanz yang lain.

Melalui video yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana HTC Sensation XE bergerak lancar tanpa sebarang gangguan, selain pada masa yang sama menggunakan HTC Sense 3.0 yang kelihatan menarik, serta diintegrasikan sepenuhnya dengan teknologi audio Beats.

Seperti semua sedia ketahui, HTC Sensation XE telah dimulakan jualannya di Malaysia pada minggu lepas, dimana ia ditawarkan pada harga RM1999. Buat masa ini, tiada sebarang syarikat telekomunikasi yang menawarkannya. Melalui peranti terbaru daripada HTC itu, ia membawakan cip pemprosesan 1.5GHz, memori 768MB, kamera belakang 8-megapixel, skrin sentuh 4.3-inci dan menggunakan Android 2.3 Gingerbread bersama-sama dengannya.

Terima kasih @asherapth

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd