Laman DomainRegistry.my (Mynic) Kini Dioptimasikan Sepenuhnya Untuk Pengguna Mudah-Alih

Laman DomainRegistry.my (Mynic) Kini Dioptimasikan Sepenuhnya Untuk Pengguna Mudah-Alih

Diterbitkan pada Okt 21, 2011 oleh .

Mungkin semua sedia kenali akan laman DomainRegistry.my yang mana menawarkan perkhidmatan pendaftaran nama domain .my di Malaysia. Menariknya, bermula hari ini, ia kelihatan yang mana DomainRegistry.my telah pun memperkenalkan halaman web mereka versi mesra mudah-alih kepada semua pengguna yang boleh diakses melalui laman Mynic.my atau laman DomainRegistry.my.

Melalui halaman yang dioptimasikan untuk pengguna peranti mudah-alih itu, ia membolehkan anda membuat beberapa perkara melaluinya, termasuk menyemak whois, menyemak nama domain, menyemak status domain, dan melihat beberapa perkara ringkas melaluinya.

Ia amat berguna sekiranya anda merupakan salah seorang yang sering bekerja diluar, dan perlu menyemak sesuaut domain atau status semasa dengan pantas. Walaubagaimanapun, ianya amat menyedihkan kerana para pengguna pelayar web pada desktop turut sama diperlihatkan versi mudah-alihnya, dan bukannya versi penuh seperti selalunya.

Tips awal daripada Omar.


TIPS & ULASAN