Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang menjadikan ramai yang ingin mendapatkan iPhone 4S adalah fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya, iaitu Siri. Namun, sekiranya anda kini menggunakan iPhone 4, dan ingin menukarkannya hanya kerana Siri, mungkin anda boleh menagguhkan sementara hajat anda itu, kerana aplikasi Siri kini diperlihatkan telah diubah dan dioptimasikan untuk iPhone 4.

Perkara ini dilakukan oleh salah seorang pembangun bebas. Sebelum ini, ia telah dilakukan oleh salah seorang pembangun, tetapi melalui apa yang diperlihatkan, prestasi iPhone 4 terjejas ketika menggunakannya. Namun begitu, melalui pembangun baru ini, beliau berjaya mengoptimasikannya sepenuhnya, dan tidak menjejaskan langsung prestasi iPhone 4.

Buat masa ini, masih tiada sebarang tarikh pasti bilakah ianya akan dilancarkan. Namun, mereka telah menyediakan sebuah dokumen ringkas menjelaskannya dengan lebih mendalam, dan seperti semua sedia maklum, salah satu perkara yang perlu dilakukan untuk menggunakan Siri pada iPhone 4 adalah perlu jailbreak-akan peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd