Cari @ Amanz

Mencari dana untuk sesuatu projek berasaskan komuniti dan juga yang tidak mendatangkan keuntungan di Malaysia adalah sesuatu yang amat sukar dan perlu melalui pelbagai proses yang lama. Namun perkara ini mungkin berubah tidak lama lagi, apabila kini salah satu laman web seumpama KickStarter sedang dalam proses pembangunan dan dijangka dilancarkan pada tahun hadapan, dinamakan sebagai Mulakan.

Melalui laman Mulakan itu kelak, para pengguna hanya perlu berkongsi akan idea mereka melalui suatu halaman khas, dan kongsi akannya bersama-sama rakan-rakan mereka yang lain, dimana mereka boleh menderma dan menyokong sesuatu projek tersebut dengan menyumbang duit melaluinya.

Mulakan kelak dijangka akan menggunakan platform pembayaran iPay88 untuk memudahkan para pengguna menyumbang duit, dan sekiranya sesuatu sasaran tidak tercapai, duit yang disumbang akan dikembalikan semula kepada semua pengguna yang telah menyumbang pada awalnya.

Mungkinkah dengan adanya Mulakan, ataupun Kickstarter versi Malaysia ini, kita akan dapat melihat lebih banyak idea baru dijana dapat direalisasikan kepada umum? Sama-sama kita nantikan pelancarannya pada tahun hadapan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd