Motorola Razr Di Singapura Pada 11 November, Beberapa Minggu Selepas Itu Di Malaysia

Motorola Razr Di Singapura Pada 11 November, Beberapa Minggu Selepas Itu Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 22, 2011 oleh .

Hari ini, Motorola telah pun mengesahkan yang mana mereka akan mengeluarkan peranti Motorola Razr yang dinantikan ramai pada 11 November ini dipasaran Singapura, dan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama selepas itu. Walaubagaimanapun, harga peranti tersebut masih tidak diketahui buat masa ini.

Motorola Razr telah diumumkan oleh Motorola baru-baru ini, dimana membawakan rekabentuk yang amat menarik dan nipis, selain turut menyokong LTE melaluinya. Ia dilengkapi dengan skrin sentuh AMOLED seluas 4.3-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, dan menggunakan Android 2.3.5 padanya, serta kamera 8-megapixel dengan sokongan rakaman video HD.

Berkemungkinan kita akan melihat ianya dilancarkan d Malaysia dalam masa beberapa minggu selepas pelancaran di Singapura. Sama-sama kita nantikannya.

Terima Kasih Azam.


TIPS & ULASAN