Cari @ Amanz

Maxis dan UMobile hari ini secara rasminya mengumumkan kerjasama, dimana melaluinya, ia membolehkan UMobile berkongsi akses radio 3G milik Maxis, sekaligus membolehkan UMobile menawarkan perkhidmatan 3G mereka dengan lebih meluas lagi. Sebagai permulaan, perjanjian mereka ditandatangani untuk 10 tahun sahaja.

Selain daripada 3G, perjanjian yang sama juga turut meliputi untuk perkongsian teknologi LTE apabila spektrum untuknya dikeluarkan untuk pasaran Malaysia kelak.

Bagi pihak Maxis pula, mereka akan mendapat bayaran yang lumayan daripada pihak UMobile, selain pada masa yang sama menggunakan infrastruktur mereka sepenuhnya bagi lokasi-lokasi yang tidak digunakan sepenuhnya, terutamanya dikawasan luar bandar.

Walaubagaimanapun, perjanjian ini tidak meliputi beberapa pasaran sedia ada UMobile yang menawarkan kelajuan sehingga 42MBps, termasuk Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Baru dan juga Ipoh.

Tips daripada Azam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd