Hari ini, komuniti Twitter di Malaysia berjaya mendapatkan salah satu anugerah khas, dimana kini rekod dunia untuk Tweetup yang dihadiri oleh paling ramai pengguna, sekaligus memecahkan rekod dunia yang dicapai oleh pengguna di Detroit pada bulan April yang lalu dengan sebanyak 1935 orang kehadiran ketika itu.
Gambar oleh DiGi
Melalui #OctTwtFest yang diadakan pada hari ini, ia telah dihadiri oleh lebih daripada 2000 orang pengguna, dan ketika artikel in ditulis, angka rasmi masih lagi tidak dikeluarkan, namun telah melangkaui lebih daripada 2,615 pendaftaran kehadiran pengguna.
Pada masa yang sama, aktiviti komuniti yang dianjurkan oleh Khairul dan kumpulannya itu, turut mengumumkan yang mana mereka akan memecahkan rekod dunia sekali lagi pada tahun hadapan, samada ianya masih dipegang oleh Malaysia, ataupun oleh pihak lain.