Cari @ Amanz

Semua sedia maklum, yang mana gergasi telekomunikasi di Malaysia adalah Telekom Malaysia, dan menariknya, kini salah satu aplikasi mudah-alih menarik kelihatan, dilaporkan oleh Lowyat terlebih dahulu, memperlihatkan salah satu aplikasi seumpama Yes Life daripada Telekom Malaysia yang mana tidak pernah diumumkan sehingga kini, walaupun telah disiapkan pada tahun 2010 yang lepas.

Perkhidmatan yang dinamakan sebagai BBPhone (BroadBand Phone) itu, membolehkan para pengguna membuat panggilan telefon dengan mudah terus menggunakan perkhidmatan jalur-lebar, menggunakan sebarang platform samada iOS, Android, Symbian, Windows Mobile ataupun terus melalui desktop Windows anda.

Melaluinya, para pengguna boleh melakukan panggilan ke sebarang nombor yang mereka hendaki dengan terus menggunakan peranti mereka, samada menyokong kad-SIM ataupun tidak. Sekaligus ia membolehkan anda membuat panggilan dengan mudah, bukan sahaja melalui sebarang tablet Android ataupun iPod Touch atau iOS, tetapi juga terus melalui desktop Windows anda.

Pada masa yang sama, ia juga didatangkan dengan pelbagai fungsi tambahan, termasuk kebolehan untuk merakamkan perbualan, sokongan permesejan, sokongan muzik sementara menantikan anda menjawab panggilan, kebolehan untuk menghantarkan sesuatu panggilan ke nombor telefon yang lain, dan juga sokongan VoiceMail.

Dari segi bayaran pula, antara pengguna BBPhone, ianya adalah percuma, tetapi sebaliknya untuk panggilan ke talian tetap dikenakan sebanyak 10 sen seminit, dan juga ke panggilan mudah-alih sebanyak 15 sen seminit. Menariknya adalah dimana memandangkan ia tidak mengenakan caj kepada panggilan antara pengguna BBPhone, ia sekaligus membolehkan anda membuat panggilan sesama rakan-rakan anda didalam ataupun diluar negara secara percuma, berbeza dengan aplikasi Yes Life, sekaligus ia membolehkan perkhidmatan tersebut digunakan oleh lebih ramai pengguna dengan mudah lagi.

Walaubagaimanapun, terlebih dahulu, para pengguna perlu mendaftarkan akaun BBPhone pada pengedar rasmi Telekom Malaysia. Kami tidak pasti mengenainya samada adakah perkhidmatan ini aktif ataupun tidak, dan telah menghubungi pihak Telekom Malaysia untuk maklumat lanjut berkenaan BBphone ini. Melalui pertanyaan kami kepada pihak Telekom Malaysia, mereka mengatakan yang mana perkhidmatan ini didatangkan sekali kepada para pengguna perniagaan, melalui pakej yang disediakan, tetapi untuk pengguna persendirian boleh mendaftarkannya dengan mudah di TMPoint terpilih.

Terima kasih Chapree dan @MemerangLaut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd