Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang amat membimbangkan dikalangan komuniti setempat pada masa kini adalah interaksi antara kejiranan dalam sesuatu komuniti atau kawasan perumahan. Namun perkara ini mungkin boleh diatasi tidak lama lagi melalui aplikasi yang dinamakan sebagai Jiranku.

Melalui aplikasi ini kelak, para pengguna boleh berkongsi dengan rakan-rakan setempat mereka dengan mudah. Aplikasi Jiranku kelak akan membolehkan anda membuat sebuah pelayan mudah-alih yang dilengkapi dengan perkhidmatan sokongan sembang, kebolehan berkongsi fail, dokumen dan sebagainya dengan mudah. Menariknya, ia menggunakan teknologi WiFi sedia ada pada setiap peranti, dan anda sendiri akan memancarkan gelombang WiFi, membolehkan jiran-jiran yang berdekatan menyertainya, sekaligus tidak memerlukan sebarang caj data atau memerlukan sebarang sokongan internet dan sebagainya.

Aplikasi ini juga kelak akan memudahkan anda berkongsi sesuatu perkara dengan mudah bersama jiran-jiran setempat, sekaligus pada masa yang sama merapatkan hubungan dengan jiran-jiran anda.

Buat masa ini, ia kelihatan seperti aplikasi Jiranku ini hanya memfokuskan kepada pengguna Android sahaja, dan masih tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd