Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, sebelum ini, pada BlackBerry DevCon yang baru-baru ini diadakan, Research In Motion telah pun mengumumkan sistem operasi PlayBook yang terbaru, dikenali sebagai BBX 2.0. Menariknya, kini salah seorang pembangun telah pun mengujinya, dan memperlihatkan sokongan aplikasi Android padanya.

Melalui video tersebut, ia memperlihatkan yang mana aplikasi Android berjalan tanpa sebarang masalah, dan dijalankan dengan lancar sekali. Pada masa yang sama, ia juga turut didatangkan melalui sebuah butang akses pantas, membolehkan anda mengakses pelbagai aplikasi Android dengan mudah dan pantas, tanpa sebarang masalah.

Adakah dengan BBX 2.0, ia akan memenangi hati para pengguna untuk menggunakan kembali peranti BlackBerry?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd