Cari @ Amanz

Selain daripada pembangunan Mozilla Firefox yang bergerak pantas, pembangunan pelayar web Google Chrome juga mengekalkan rentak pembangunan yang sama, dimana terkini, versi pembangunan awal Chromium 17 telah pun mula kelihatan, memberikan idea Chrome 17-dev bakal menyusul dalam masa terdekat ini.

Pada masa yang sama, Google Chrome 15 juga bakal dilepaskan kepada umum tidak lama lagi, yang mana akan membawakan pelbagai perubahan baru bersama-sama dengannya, dimana salah satunya merupakan fungsi halaman tab baru padanya yang menerima rekabentuk dan antaramuka yang baru.

Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah Chrome 15 akan dilancarkan kepada umum, dan Chrome 16 memasuki arena beta. Namun, mungkin ianya akan diperkenalkan seawal minggu hadapan atau dua minggu lagi. Fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengan Chromium 17 juga masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun Chromium 17 versi pembangunan hari ini, dan mengujinya terlebih dahulu sebelum pengguna yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd