Celcom Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan FourSquare SMS Tidak Lama Lagi?

Celcom Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan FourSquare SMS Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada Okt 23, 2011 oleh .

Semua mungkin sedia maklum berkenaan dengan fungsi Facebook melalui SMS dan juga Twitter melalui SMS yang ditawarkan oleh Celcom kepada penggunanya. Dan menariknya, kini kelihatan yang mana Celcom turut sama dalam perancangan untuk memperkenalkan fungsi FourSquare melalui SMS, dan sedang menguji perkara tersebut bersama-sama dengan pengguna mereka.

Ia masih tidak diketahui bilakah fungsi tersebut akan dilancarkan, ataupun diaktifkan. Namun, Celcom kini memperlihatkan fungsi tersebut melalui menu akses *118# mereka, dan mengenakan caj sebanyak RM1 sekiranya mengaktifkannya. Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat tambahan dan cara penggunaan dikeluarkan oleh mereka. Carian kami pada laman Celcom juga tidak mengembalikan sebarang maklumat berkaitan dengannya.

Buat masa ini, maklumat berkaitan dengan FourSquare Melalui SMS pada SMS ini masih lagi samar-samar, dan kami akan cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Terima kasih Syahril. Gambar oleh Picco.


TIPS & ULASAN