Harga PlayBook Dikemaskini Semula – Kini Bermula Dari Serendah RM1133

Harga PlayBook Dikemaskini Semula – Kini Bermula Dari Serendah RM1133

Diterbitkan pada Okt 24, 2011 oleh .

Salah satu tablet yang menarik di pasaran adalah daripada Research In Motion, iaitu BlackBerry PlayBook. Dengan ramai yang menantikan kemaskini BBX 2.0 yang bakal membawakan sokongan aplikasi Android bersama dengannya, kini harga jualan tempatan untuk tablet tersebut telah pun dikemaskini semula, membolehkan para pengguna mendapatkannya pada harga serendah RM1133.

Terkini, harga jualan BlackBerry PlayBook adalah pada harga RM1133 untuk 16GB, RM1433 untuk 32GB, dan juga RM1733 untuk 64GB. Ia juga memperlihatkan yang mana kini lebih ramai boleh mendapatkannya pada harga yang murah, berbanding sebelum ini dimana harga jualan untuk 16GB adalah RM1599, 32GB pada RM1899 dan juga 64GB pada harga R2199.

Buat masa ini, syarikat telekomunikasi tempatan masih lagi belum mengemaskini harga jualannya, dan mungkin akan dilakukan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN