Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, untuk memohon ke sesuatu Universiti sebelum ini, para pelajar perlu ke laman setiap universiti secara berasingan, dan melakukan permohonan melaluinya. Menariknya, untuk mengatasi perkara ini, kini EasyUni diperkenalkan, dimana melaluinya para pelajar boleh membuat pendaftaran untuk universiti dan juga kolej samada didalam atau diluar negara dengan mudah dan pantas.

Selain daripada itu, para pengguna juga turut sama boleh melakukan pencarian dengan mudah melaluinya, membolehkan anda membuat carian berdasarkan apa yang ingin dipelajari, serta juga tahap pelajaran yang dipilih, selain daripada lokasi dimana mereka ingin melanjutkan pelajaran. Hasil carian juga diperlihatkan dengan kemas, membolehkan para pengguna mendaftar terus dengan mudah melaluinya.

Pada masa yang sama, EasyUni turut sama didatangkan bersama-sama dengan aplikasi ujian khas, membolehkan ia memberikan beberapa cadangan pelajaran yang boleh diikuti oleh seseorang pelajar mengikut kegemaran mereka. Sebuah halaman khas turut disediakan untuk para pelajar menemui biasiswa dan pinjaman pelajaran yang ditawarkan.

Jadi, sekiranya adik atau rakan-rakan anda sedang mencari tempat atau idea untuk melanjutkan pelajaran, mungkin kini anda boleh mencadangkan mereka melawati laman EasyUni, dan mendapatkan faedah secara percuma melaluinya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd