Akaun YouTube Milik Microsoft Digodam – Semua Video Microsoft Dipadam

Akaun YouTube Milik Microsoft Digodam – Semua Video Microsoft Dipadam

Diterbitkan pada Okt 24, 2011 oleh .

Nampaknya, mungkin sistem pada YouTube kini sedikit menghadapi masalah, apabila saluran YouTube milik Microsoft telah pun digodam, dan akibat daripadanya, kesemua video milik Microsoft telah pun dibuang oleh pengodam tersebut. Buat masa ini, tiada sebarang video yang terdapat pada akaun YouTube milik Microsoft itu yang telah dibuat pada tahun 2006 yang lepas.

Menurut pengodam melalui mesej yang ditinggalkan pada saluran rasmi Microsoft itu, dia hanya log masuk ke akaun YouTube miliknya, dan mendapat akses kepada akaun YouTube milik Microsoft.

Buat masa ini, Microsoft dan Google, masing-masing tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN